Olof Palme
Olof Palme

Olof Palme

Sven Olof Joachim Palme (ˈûːlɔf ˈpâlːmɛ (bantuan·info); 30 Januari 1927 – 28 Februari 1986) ialah seroang ahli politik Sweden. Beliau merupakan Perdana Menteri Sweden selama dua penggal: 1969 hingga 1976 dalam Kabinet Perlembagaan Pertama bersama Raja Sweden serta Kabinet Perlembagaan Kedua tahun 1981 sehingga kematiannya empat tahun kemudian.Beliau dikenali dalam pendiriannya mengkritik dasar-dasar luar dunia Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Kerajaan pimpinan beliau melibatkan diri dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali serta memberikan sokongan utuh kepada pergerakan-pergerakan pejuang kemerdekaan yang wujud serata dunia selepas penyahjajahan abad ke-20. Malah, beliau menonjol dalam kelantangannya menyanggah pemikiran imperialisme dan autoritarianisme lagi-lagi dengan berdepan orang kuat seperti Francisco Franco atau Leonid BrezhnevPembunuhan beliau dalam keadaan mengejutkan dan penuh misteri tahun 1986 diamati ngeri serantau Skandinavia, lagi-lagi dengan keadaan yang mengulangi percubaan membunuh Raja Gustav III, tokoh paling berpengaruh zaman moden negaranya, pada abad ke-18.[1]

Olof Palme

Lahir Sven Olof Joachim Palme
(1927-01-30)30 Januari 1927
Stockholm, Sweden
Raja Gustaf VI Adolf
Carl XVI Gustaf
Timbalan Ingvar Carlsson
Didahului oleh Gösta Skoglund
Pangkat Kapten
Tandatangan
Alma mater Universiti Stockholm,
Kolej Kenyon
Pasangan Jelena Rennerova (k. 1948; c. 1952)
Lisbet Palme (k. 1956)
Digantikan oleh Svante Lundkvist
Tahun perkhidmatan 1945–1947
Reservist : 1947–1977
Unit Svea Artillery Regiment
Parti politik Social Democratic
Kesetiaan Sweden
Anak-anak Joakim
Mårten
Mattias
Sebab kematian Pembunuhan
Meninggal dunia 28 Februari 1986(1986-02-28) (umur 59)
Sveavägen, Stockholm, Sweden
Laman sesawang Olof Palme International Center
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat Sweden
Perdana Menteri Tage Erlander

Berkaitan